eTapp Online Portal

 

JKPTG Online

eTaPP adalah sistem maklumat dan pengurusan Tanah Persekutuan dan Pembahagian Pusaka. Ianya merupakan sistem yang bersepadu dalam melaksanakan urusan mentadbir tanah secara cekap dan bermutu. Kemudahan secara online dalam proses berkaitan urusan Pembahagian Pusaka Kecil (PPK), Pengurusan Pengambilan Tanah (PPT), Harta Tanah Persekutuan (HTP) dan Penguatkuasa & Hasil Persekutuan (PHP).

JKPTG Online merupakan satu sistem yang disediakan untuk membolehkan pengguna membuat permohonan pembahagian pusaka kecil, permohonan pengambilan tanah dan permohonan sewa tanah dan bangunan persekutuan secara online.

Pengguna hanya perlu memasukkan butiran berkaitan ke dalam sistem yang telah diisi secara Online kemudian dapatkan nombor rujukan yang dijana secara automatik. Semua urusan permohonan dengan Unit Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galin Negeri akan menggunakan nombor rujukan ini.

Pengguna juga boleh merujuk menu Panduan Permohonan di Portal JKPTG Online bagi mendapatkan maklumat-maklumat lain yang diperlukan.


Hakcipta Terpelihara © Kerajaan Malaysia 2012. Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan)